Memaparkan catatan dengan label JENAYAH SIBER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JENAYAH SIBER. Papar semua catatan

Sabtu, 20 November 2010

SIAPA KATA ORANG MALAYSIA TIDAK HEBAT

NEW YORK: Seorang penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.

Lin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri, semalam.Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat AS di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.

Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.

Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat,” kata pejabat Peguam Negara AS.

Pasukan Perkhidmatan Perisikan Amerika memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.

“Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman,” katanya.



Ketua Perkhidmatan Perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang ‘mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif’. – AFP
read more...

Jumaat, 26 Mac 2010

Penggodam tahu kata laluan Obama

DUNIA



GAMBAR menunjukkan penggodam Twitter milik Obama yang dikenali sebagai Francois C.


CLERMONT-FERRAND - Seorang penggodam komputer di Perancis berdepan hukuman penjara semalam selepas dia memecah masuk akaun laman jaringan sosial Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan selebriti Britney Spears dengan meneka kata laluan mereka.

Penggodam berusia 23 tahun yang cuma dikenali sebagai Francois C. menggunakan nama anjing kesayangan Obama, Bo sebagai kata laluan akaun Twitter milik presiden AS itu.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dengan bantuan polis Perancis mengambil masa enam bulan menjejaki lelaki itu yang menganggur sebelum menangkapnya di sini, tengah Perancis pada Selasa lepas.

"Saya tidak berniat jahat... Saya cuma mahu memberi amaran kepada mereka bahawa terdapat kelemahan dalam sistem yang digunakan," kata lelaki itu.

Penggodam tersebut yang berdepan hukuman penjara dua tahun sekiranya didapati bersalah ditahan di sebuah balai polis di sini sebelum dibebaskan dengan ikat jamin bagi menunggu perbicaraan pada 24 Jun depan. - Agensi

KOSMO!

read more...