Memaparkan catatan dengan label BERITA TEKNOLOGI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA TEKNOLOGI. Papar semua catatan

Khamis, 26 April 2012

Solid State Drive (SSD)

SSD mula cabar

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KOMPAK...saiz cakera keras sekarang lebih kecil.
KOMPAK...saiz cakera keras sekarang lebih kecil.

BEBERAPA ketika dulu, cakera keras menjadi peranti yang besar dan rumit dan lebih sesuai untuk digunakan dalam persekitaran dilindungi pusat data atau ruang besar selama bertahun-tahun.

Sebelum ini, ia dianggap mesin besar yang ‘hidup’ dalam persekitaran perindustrian semata-mata dan tidak pernah digunakan pengguna walaupun untuk dimuatkan di pejabat.

  • Foto

    IBM305...mula digunakan secara meluas dengan saiznya sebesar ruang pejabat untuk satu cakera keras.

  • Foto

    MUDAH ALIH...mesin cakera keras yang boleh dialihkan.

  • Foto

    DIGUNAKAN...teknologi cakera mempunyai lapisan menyalin data.

  • Foto

    MODEN...saiz memori kini sekecil syiling saja.

  • Foto

    AWAL 80an...model cakera keras mula kompak.

  • Foto

    DRUM...mengoperasikan cakera keras.

  • Foto

    BESAR...saiz cakera keras suatu ketika dulu.

Pada awal tahun 80-an, kebanyakan slot cakera keras mempunyai saiz berdiameter antara 20 x 35 sentimeter yang memerlukan rak perkakasan atau jumlah ruang pada mesin yang besar.

Apatah lagi, susunan cakera keras menerusi rak dipanggil ‘mesin basuh’ ketika itu, malah kebanyakannya memerlukan tenaga elektrik yang tinggi ataupun generator berkuasa tiga kali untuk menggerakkan motor yang mengoperasikan cakera terbabit.


Disebabkan kesukaran itu, cakera keras tidak digunakan dengan mikrokomputer sehing�ga penghujung 1980 apabila Seagate Technology memperkenalkan ST-506, cakera keras 5.25 inci yang pertama dengan kapasiti sebanyak hanya lima megabait (MB)!


Kapasiti cakera keras berkembang pesat dari semasa ke semasa dengan komputer peribadi (PC) yang awal memacu operasi menggunakan cakera keras dengan kapasiti 20MB menjadi teknologi yang dianggap paling besar.

Ia berbeza dengan permulaan 2007 apabila cakera keras desktop biasanya mempunyai kapasiti 100 hingga 500 gigabait (GB) manakala pemacu terbesar berkapasiti hingga satu terabait (TB).


era 50an - 70an

Sejarah awal cakera keras dicatatkan menerusi IBM 350 Disk Fail yang dicipta pelopor teknologi simpanan, Reynold Johnson diperkenalkan pada 1956 dihubungkan bersama perkomputeran IBM 305.

Pemacu ini mempunyai 50 lapisan cakera bersaiz 24 inci dengan jumlah kapasiti sebanyak lima juta karakter yang mengoperasikan data dalamannya.

Satu sistem operasi tunggal digunakan bagi mengoperasikan akses kepada maklumat berdasarkan teks yang purata masa akses sangat perlahan.

Ia mungkin dipengaruhi peranti memori Drum yang dicipta pada 1932. Selepas itu, Sistem Unit Kawalan Utama Mekanikal Antarabangsa bagi Storan Cakera IBM 1301 diperkenal�kan pada 1961 yang mempu�nyai pembaca berasingan untuk setiap permukaan data bagi melancarkan pemprosesan data.

Pemacu cakera yang pertama untuk menggunakan set peranti mudah alih adalah pemacu IBM 1311 yang menggunakan pek cakera IBM 1316 untuk menyimpan dua juta karakter.

Pada 1973, IBM memperkenalkan IBM 3340 Winchester iaitu sistem cakera pertama yang menggunakan kepala pemasangan cakera tertutup (HDA).

Hampir semua pemacu cakera moden kini menggunakan asas teknologi ini dan istilah Winchester menjadi set paling mudah dijelaskan kepada umum untuk semua cakera keras walaupun ia sebenarnya digunakan pada 90-an.

Salah seorang pembangun projek, Kenneth Haughton menamakan Winchester 30-30 berdasarkan penggunaan dua pemacu dalam satu cakera bersaiz 30-30 inci.


Era 80-an hingga PC

Pemacu dalaman menjadi sistem pilihan pada PC pada 80-an yang kebanyakan pemacu cakera keras mikrokomputer paling awal pada 1980 tidak dijual di bawah jenama pengilang mereka tetapi dijual menerusi OEM sebagai sebahagian daripada perisian yang lebih besar.

Contohnya, Corvus Disk System dan Apple ProFile manakala IBM PC/XT mempunyai cakera keras dalamannya sendiri.

Bagaimanapun, sistem itu membuka evolusi baru dalam memulakan trend ke arah membeli pemacu secara berasingan yang selalunya melalui pesanan pos dan memasang mereka secara langsung ke dalam sistem.

Cakera keras luaran siap letak dalam PC pula popular untuk lebih lama pada produk Macintosh Apple dan platform lain.

Setiap komputer Mac yang dibangunkan antara 1986 hingga 1998 mempunyai pelabuh SCSI di belakang, membuatkan slot tambahan luar mudah.

Pemacu cakera keras de�ngan slot SCSI mula menembusi pasaran popular dengan mikrokomputer yang lebih tua seperti siri Apple II dan digunakan secara meluas dalam pelayan serta penggunaannya masih popular hari ini.

Kehadirannya pada akhir 90-an berkelajuan tinggi membuka peluang untuk antaramuka luaran lain seperti USB dan FireWire dibuat sistem cakera luaran popular di kalangan pengguna terutama bagi pengguna yang memindahkan jumlah data yang besar antara dua atau lebih lokasi.

Pembuat cakera keras mula memasarkan kepada pengguna akhir serta OEM pada pertengahan 90-an dan dari situlah kita menyaksikan cakera keras mula disediakan di rak kedai runcit. Terdapat cakera keras luaran yang tersedia untuk komputer 16bit Amiga dan Atari ST tetapi peratusannya sangat kecil menjadikan kedua-duanya kurang popular.


Penjagaan

Cakera keras boleh bertahan sehingga lima tahun. Tetapi seperti mesin lain, ia juga memerlukan penjagaan.

Penyelarasan terhadap cakera keras membolehkan program berjalan lancar, me�ngelakkan kerja penyimpanan fail berlaku pada bahagian lain cakera serta mengehadkan jumlah kesilapan perisian program.

Untuk memulakan kerja �penyelarasan cakera keras, �selalu mulakan dengan menggunakan perisian asal terutama ketika pengimbasan cakera dan pembaikan perisian.

Melalui program utiliti, ia akan meletakkan cakera keras dan cakera liut melalui beberapa ujian yang mampu mengesan dan mengatasi kawasan bermasalah.

Sekiranya program itu mengesan kekurangan dalam integriti pemacu cakera anda, ia secara automatik memindahkan maklumat ke tempat lain pada cakera itu.

Mengimbas cakera keras �untuk mencari potensi masalah setiap minggu atau sebulan sekali perlu memandangkan anda tidak mahu kehilangan bahan terbaik pada skrin anda.

Apabila anda sudah menyelenggara cakera keras, buat salinan fail pada cakera keras. PC anda menyelamat fail pada dasar dan yang cepat didahulukan.

Pada asasnya, sekiranya ruang pertamanya didapati pada cakera keras itu tidak begitu besar untuk memegang fail, ia hanya akan meletakkan sebahagian daripada fail pada ruang itu.

Ia akan mencari lagi, kemudian mengesan di mana untuk disimpan semua bahagian itu. Kesannya, fail disimpan dalam semua bahagian di cakera keras itu. Semakin banyak bahagian fail itu disimpan, semakin lama masa diambil untuk menghimpunkan semula fail.

Utiliti khas dikenali �dengan cakera pembahagian �‘defragmenters’ atau cakera ‘optimizer’, mengendali �maklumat pada cakera keras seperti pembersihan. Ia �mengumpul semua bahagian fail dan menggerakkan keseluruhan fail supaya fail itu sentiasa berturutan.

Kebanyakan pengguna PC mengalami peningkatan agak tinggi apabila cakera mula terbentuk dalam bahagian.

Tambahan lagi, ia juga antara manfaat untuk memiliki cakera kemas dan bersih yang mengatasi fail yang dibuang lebih berkesan daripada cakera biasa yang dibahagikan.


Masa depan

Idea menggunakan manfaat storan berasaskan ‘flash’ atau Solid State Drive (SSD) dalam PC mula diberi perhatian. Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, perubahan cakera keras ke SSD mungkin menjadi kenyataan dalam industri storan. Memandangkan harga SSD juga terus jatuh, pemacu flash menjadi pilihan berdaya maju bagi mengendalikan PC terutama notebook anda.

Tambahan pula, SSD hari ini mempunyai memori 32GB, cukup untuk melakukan lebih daripada memenuhi keperluan simpanan asas membuatkan mereka bersaing dengan pemacu cakera keras 1.8 inci yang berkapasiti dari 30GB ke 80GB.

Antara tarikan masa tertumpu kepada sistem storan ber�asaskan ini yang berkait rapat dengan hukum fizik Moore.

Ramai penyelidik membuat kesimpulan perkakasan SSD akhirnya akan memecah masuk industri perkomputeran yang masih berharga tinggi.

it@Metro menjangkakan, 2012 bakal menyaksikan kos suntuk kapasiti akan kurang kira-kira RM3 bagi setiap 1GB di pasaran.

read more...

Rabu, 28 September 2011

10 juta unit Galaxy S II dijual



SEOUL - Penjualan telefon pintar Galaxy S II keluaran gergasi kedua pembuat telefon bimbit dunia, Samsung Elektronik semalam menyatakan sebanyak 10 juta unit sudah dijual sejak ia dikeluarkan pada April lalu.

Penjualan model baharu telefon pintar itu dari peningkatan versi terdahulu meningkat dua kali ganda selepas melepasi penjualan lima juta unit pada Julai lalu.

Gajet terkini itu dikeluarkan di pasaran tempatan pada 29 April lalu manakala di Eropah pada Mei lalu.

Telefon pintar Galaxy S II itu kemudiannya memasuki pasaran China pada Julai lalu sebelum mendominasi pasaran Amerika Syarikat pada September lalu.

"Hanya dalam masa lima bulan, penjualan Galaxy S II meningkat dengan mendadak, sekali gus sebagai refleksi sokongan yang kuat daripada rakan kongsi yang lain," kata ketua unit peranti telefon bimbit, JK Shin.

Penjualan di Korea Selatan sahaja mencapai 3.6 juta unit diikuti sebanyak 3.4 juta unit di Eropah dan 2.3 juta unit lagi di seluruh rantau Asia

sumber

apa pendapat anda tentang samsung galaxy s II. Adakah anda sudah miliki?

read more...

Ahad, 20 Mac 2011

35 vendor lengkap

BANYAK...35 produk gunakan AMD Fusion.
BAYANGKAN, dalam semua jenis komputer, elemen paling penting dan tidak dapat dipisahkan ialah unit pemprosesan.
Tanpa elemen ini, semua jenis komputer dan perkakasan tidak dapat berfungsi. Sehingga hari ini, pemprosesan terus melalui perubahan pantas dan keupayaannya terus meningkat pada kadar yang pantas. Malah, hari ini dunia menyaksikan penggunaan pemprosesan yang semakin meluas ibarat 'otak' kepada apa jua perkakasan.

Dikhabarkan pemprosesan pertama di dunia direka Jack Kilby yang mencipta unit pertama dunia pada September 1958. Ketika itu alat canggih itu dikenali sebagai litar bersepadu (integrated circuit) yang membolehkan kad hari jadi menyanyikan lagu apabila ia dibuka.
KUASA TINGGI...cip kecil hasilkan produk kompak.
LAJU...pemprosesan grafik kini berupaya hasilkan HD mantap.
Lima dekad sudah berlalu dan litar bersepadu ciptaan Kilby hanya mengandungi satu transistor, tiga perintang (resistor) dan satu pemuat (capacitor).
Pemprosesan moden mengandungi sehingga 125 juta transistor di atas sekeping silikon sebesar kuku jari dan digunakan dalam hampir semua perkakasan, bermula dari peluru berpandu sehinggalah kepada konsol permainan.
Kewujudannya digabungkan dengan beberapa baris kod arahan atau perisian dalam sesuatu perkakasan menjadikannya itu lebih cerdik serta boleh berfungsi secara automatik.
Baru-baru ini, syarikat AMD menggemparkan dunia dengan melancarkan pemprosesan menggabungkan keupayaan pengkomputeran lebih hebat daripada mana-mana pemproses dalam sejarah pengkomputeran. Ia menghasilkan projek AMD Fusion Family of Accelerated Processing Units (APU) menggabungkan pelbagai rekaan cip seperti pemprosesan dan graik di bawah satu cip tunggal iaitu teknologi CPU berbilang teras (x86).
Bermakna, teknologi cip pemprosesan melangkah maju setapak dengan enjin pemprosesan selari dengan grafik DirectX 11 berkuasa tinggi memungkinkan bacaan video definisi tinggi khusus dan 'bus' laju memproses data merentasi pelbagai jenis teras dalam reka bentuk terbabit.
Apa yang menakjubkan, teknologi terkini itu boleh memainkan video definisi tinggi (HD) dengan kuasa kuda pada pengkomputeran untuk mengendalikan aplikasi yang mencabar.
Ditambah kuasa grafik DirectX 11 pada satu cip dan jangka hayat bateri sepanjang hari yang memudahkannya dibawa ke mana-mana.
Syarikat AMD turut mengesahkan lebih 35 syarikat pengeluar komputer peribadi (PC) akan menggunakan sistem berasaskan AMD Fusion pada separuh pertama tahun 2011 termasuk Acer, Asus, Dell, Fujitsu, HP, Lenovo, MSI, Samsung, Sony dan Toshiba.
Menurut Naib Presiden Korporat dan Pengurus Besar AMD Asia Pasifik, Ben Williams, teknologi baru cip berkembang pesat sehingga membolehkan kedua-dua cip pemprosesan dan grafik digabungkan di bawah satu platform kecil.
"AMD Fusion merombak industri dengan memungkinkan pengalaman digital yang jelas bagi pengguna PC," kata Williams.
Beliau memaklumkan, AMD Fusion memberi nafas lega kepada rakan kongsi pengeluar PC dengan keupayaan faktor bentuk yang baru dan menarik serta aplikasi termaju untuk memenuhi keperluan pengguna.
Sementara itu, Naib Presiden Korporat dan Pengurus Besar Bahagian GPUAMD, Matt Skynner, memaklumkan kandungan definisi tinggi (HD) menjadi inspirasi syarikat itu untuk menghasilkan teknologi lebih canggih.
"Dunia HD sangat memerlukan cip canggih yang disepadukan bersama di bawah satu platform untuk menjadikannya berkuasa tinggi namun pada sama rekaannya kecil bagi ditempatkan dalam PC," katanya.
HD kini terdapat di mana-mana saja daripada video YouTube kepada permainan DirectX 11 sehinggalah tontonan blu-ray. Semuanya memanfaatkan kandungan dengan menggunakan komputer yang berfungsi sebagai hab.
AMD turut mencipta enjin VISION iaitu set visual pengkomputeran baru yang mempunyai kelebih an termasuk: Grafik dengan kemampuan DirectX 11 Pemprosesan selari yang memberi prestasi aplikasi lebih laju Kemampuan video UVD3 dilajukan dalam siri AMD Radeon HD 6800 GPU baru Keupayaan pemacu grafik unik dikemaskini setiap bulan untuk meningkatkan prestasi visual secara berterusan.
Dengan memilih PC yang dilengkapi dengan VISION, pengguna berupaya mendapat manfaat pengalaman pelayaran Internet lebih laju.
Tidak cukup dengan itu, main semula video 1080p HD dianggap cukup hebat, lancar dan senyap apatah lagi video definisi standard diterjemahkan kepada HD bermakna kandungan 2D boleh ditukar kepada 3D stereoskopik.
Bahkan, pengguna boleh melayari laman web yang padat dengan grafik sekali pun ia memerlukan pindah turun lebih laju sementara permainan 3D pada resolusi HD tangkas dengan aksi dan bagaikan hidup depan mata. Boleh dikatakan, sebahagian besar pengalaman pengkomputeran dihubungkan menerusi perisian tapi sehingga kini, syarikat pembangun perisian dikekang dilema antara menghasilkan ciptaan menepati pemprosesan CPU dan GPU untuk memproses maklumat.
Nasib baik, AMD Fusion APU mengetepikan halangan ini dan membenarkan syarikat pembangun memanfaatkan sepenuhnya kuasa pemprosesan bersama dengan kelajuan lebih daripada 500 GFLOP untuk Siri A Llano APU akan datang.
Hasilnya, ia akan mencetuskan prestasi bagaikan superkomputer kepada tugasan pengkomputeran harian bermakna lebih banyak aplikasi boleh dilakukan serentak dan laju tapi reka bentuknya masih dalam kelas yang sama.
Gabungan cip juga memberi impak besar kepada penggunaan bateri yang sering menghantui pengguna PC.
Teknologi Cantuman AMD memungkinkan jangka hayat bateri tahan sepanjang hari iaitu 10 jam yang didapati pada reka bentuk cip tunggal walaupun pengguna memanfaatkan fungsi HD sepenuhnya dalam perkomputeran.
Platform rendah kuasa ini memperkayakan pengalaman pengkomputan harian dan didapati dalam dua versi APU iaitu Siri-E dan Siri-C. Ciri APU ini menampilkan teras x86 CPU baru, diberi nama kod 'Bobcat' yang diperkenalkan melalui teras x86 sejak tahun 2003.
Cip pemprosesan yang menjadi nadi utama kepada operasi sesebuah komputer kebanyakannya dinilai menerusi kelajuannya memproses dengan kadar kiraan Hertz yang kini sudah menjangkau ke GigaHertz atau kependekannya G
Secara lazimnya, apabila seseorang itu memilih untuk membeli komputer peribadi (PC), pasti nombor atau kelajuan GHz itu menjadi penentu pilihan kerana lebih besar nilainya, lebih laju kadar memprosesnya.
Jika anda ke kedai komputer, penjual akan menunjukkan spesifikasi PC yang dimulakan dengan jenis cip pemprosesan dengan kelajuannya dan diikuti jenis lain termasuk memori dan cakera keras.
Teknologi dan inovasi semakin canggih namun lima kriteria utama perlu diambil kira iaitu teras, cache, kelajuan, bas hadapan dan teknologi masa depan.
Kebanyakan pengguna keliru untuk mengenal pasti prestasi keseluruhan PC yang hendak dibeli.
Manakala penjual asyik mengajukan kelajuan cip sebagai kriteria utama tanpa mengambil kira jumlah teras dan saiz kapasiti Cache.
Berasaskan teknologi baru dan pengenalan Dual Core, anda perlu menilai kelajuan Bas Hadapan dan saiz kapasiti Cache sebagai faktor utama.
Ia membabitkan jumlah teras di antara soket. Lebih banyak teras, lebih baik prestasi PC itu.
Sistem dwiteras memiliki dua pemprosesan di dalam satu soket. Itu bermakna ia jauh lebih baik berbanding satu pemprosesan. Dua pemprosesan itu berjalan serentak, sekali gus lebih banyak tugasan boleh dilakukan dengan lebih pantas.
Dengan arkitektur mikro, lebih banyak arahan boleh dilaksanakan pada satu pusingan, memiliki anjakan media digital yang dimajukan, pengurusan cache dan tenaga lebih baik selain bijak mengatur capaian memori.
Kesimpulannya, inovasi yang dimajukan itu termasuk teknologi AMD memperbaiki prestasi dan kecekapan setiap teras yang mampu melengkapkan sehingga beberapa arahan serentak menggunakan saluran peringkat yang lebih cekap.

read more...

Isnin, 7 Februari 2011

Malaysia pengeksport barangan ICT kelapan terbesar dunia

Malaysia pengeksport barangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) kelapan terbesar di dunia 2009 dengan jumlah eksport AS$57 bilion, kata Persidangan mengenai Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD).

Dari segi import, Malaysia ke-12 terbesar dengan AS$37 bilion.

Pengeksport terbesar, China dengan eksport barangan ICT AS$356 bilion, diikuti Hong Kong, China (AS$142 bilion) dan Amerika Syarikat (AS$113 bilion).

Dari segi import barangan ICT, Amerika Syarikat menerajui senarai dengan AS$231 bilion, diikuti China (AS$220 bilion) dan Hong Kong, China (AS$150 bilion).

UNCTAD berkata, ekonomi Asia 2009 menyumbang 66.3 peratus daripada eksport global barangan ICT, naik 63.8 peratus pada 2008.

Data terkini itu menyokong penemuan terbarunya krisis kewangan global membawa kepada peralihan ketara dalam perdagangan barangan ICT dunia ke arah Asia.

Eksport ICT mewakili 12 peratus daripada perdagangan barangan dunia pada 2009, semakin dikuasai Asia, sambil menambah lebih satu pertiga daripada eksport barangan ICT dunia datang dari China dan Hong Kong.

UNCTAD berkata, pergantu-ngan kepada produk ICT paling ketara dalam kes Hong Kong, China, di mana barangan itu mewakili 43 peratus daripada semua eksport barangan.

Ekonomi lain di mana bara-ngan ICT membentuk 30 peratus atau lebih daripada eksport termasuk China, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina.

Eksport ICT daripada kebanyakan pengeksport utama turun pada 2009 akibat krisis kewangan dan penurunan itu ketara terutama dalam kalangan beberapa negara Eropah, manakala Jepun dan Amerika Syarikat turut mencatatkan penurunan.

Sebaliknya, beberapa ekonomi menyaksikan peningkatan apabila eksport India mencatatkan peningkatan besar 244 peratus dan Malaysia 18 peratus.
read more...