Memaparkan catatan dengan label WINDOWS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WINDOWS. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mac 2011

Panduan untuk IE


Bagaimanakah cara untuk memastikan pelayar web Internet Explorer selamat digunakan?
Dalam program Internet Explorer (IE) terdapat empat bahagian tahap keselamatan yang anda boleh konfigurasikan iaitu bahagianTrusted, Restrict, Internet dan Intranet atau setempat. Ia bergantung kepada zon mana anda mengetahui status keselamatan atau percaya kepada laman-laman web yang akan dilayari menerusi IE.

Konfigurasi ini juga dikenali sebagai zon keselamatan yang boleh dikonfigurasikan dalam menu keselamatan pada program IE.

Konfigurasi ini membolehkan anda melayari laman web di Internet menggunakan program IE dengan lebih selamat.

Seterusnya diperincikan langkah-langkah konfigurasi tersebut iaitu:-

* Klik pada butang Tools yang terdapat pada menu di atas program IE.

* Klik pada butang Internet Options atau Option yang terdapat di menu Tools.

* Apabila tetingkap Internet Options dibuka, klik pada tab Security.

* Di sini anda boleh membuat pilihan untuk salah satu zon keselamatan program IE iaitu sama ada Internet, Local Intranet, Trusted Site atau Restricted Site Zones untuk anda konfigurasikan.

* Untuk mengkonfigurasikan kesemua jenis zon keselamatan tersebut, anda boleh memilih pilihan untuk konfigurasi secara lalai iaitu konfigurasi yang telah ditetapkan oleh pihak Microsoft pada IE sekiranya tidak mahir.

Ini boleh dilakukan dengan memilih dan klik pada menu Default Level untuk setiap zon atau klik pada menu Reset all zones to default level.

* Zon keselamatan yang penting adalah pada zon Internet.

Pada zon ini anda boleh menetapkan tahap keselamatan ketika melayari Internet iaitu sama ada memilih tahap Medium, Medium-high atau High.

* Di samping itu, disetiap zon keselamatan ada pilihan untuk kita konfigurasikan keselamatan pelayar web secara manual atau kendiri iaitu pada menu atau butang Custom Level. Pastikan anda mengetahui berkenaan apa yang anda konfigurasikan pada menu ini.

read more...

Selasa, 16 Jun 2009

Cara Nak Dual Boot Windows Dan Linux

Apa itu Dual Boot? Secara ringkas, Dual Boot membolehkan anda mempunyai dua OS di dalam sebuah komputer.

Oleh kerana GNU/Linux mempunyai banyak jenis distro, di sini saya akan memilih distro yang paling popular sekarang, iaitu Ubuntu. Jika ada permintaan untuk tutorial sebegini bagi distro yang lain, sila nyatakan di ruangan komen. Baiklah, mari kita mula:

Langkah Pertama: Tetapkan Partition dalam Hard Disk

Sebelum install GNU/Linux ke dalam komputer anda, pastikan bahawa terdapat ruang kosong yang mencukupi untuk install OS tersebut. Jika anda mempunyai hard disk tambahan, sudah tentu perkara ini takkan menjadi masalah. Sebaliknya jika anda mempunyai satu hard disk sahaja, anda mungkin perlu delete mana-mana partition untuk menyediakan ruang kosong. Ikuti langkah ini untuk memeriksa ruang dalam hard disk:

  • Right-click pada My Computer dan pilih Manage
  • Pergi kepada Disk Management

Perhatikan hard disk anda. Ruang kosong dalam hard disk akan ditanda dengan perkataan Unallocated. Sekiranya tiada sebarang ruang kosong, delete mana-mana partition (kecuali partition C: yang mengandungi Windows). Tinggalkan ruang kosong ini kira-kira 10 GB untuk install GNU/Linux.

dual-boot-01

* Peringatan: Apabila anda delete satu-satu partition, segala data di dalamnya akan hilang. Sila buat bacup terlebih dahulu jika anda tidak mahu kehilangan data tersebut.

Langkah Kedua: Install Ubuntu ke dalam Hard Disk

Sekarang, masukkan CD Ubuntu (download Ubuntu 7.10 di sini) ke dalam CD-ROM dan restart komputer. Pastikan anda telah terlebih dahulu menetapkan boot sequence komputer anda kepada CD-ROM.

  1. Skrin Ubuntu akan dipaparkan. Pilih “Start or Install Ubuntu”
    dual-boot-02
  2. Double click pada ikon Install. Proses install akan dimulakan.
  3. Step 1 of 7 (Welcome): Klik sahaja pada butang Forward.
    Screenshot-Install-01
  4. Step 2 of 7 (Where are you?): Pilih kawasan anda di atas peta dan klik Forward.
    Screenshot-Install-02
  5. Step 3 of 7 (Keyboard layout): Klik sahaja pada butang Forward.
    Screenshot-Install-03
  6. Step 4 of 7 (Prepare disk space): Pilih “Guided – use the largest continuous free space”. Dengan ini, ia akan install Ubuntu ke dalam ruang kosong yang telah disediakan tadi, tanpa menganggu sebarang partition yang lain.
    Screenshot-Install-04
  7. Step 5 of 7 (Migrate Document and Settings): Anda akan ditanya sekiranya anda mahu import mana-mana akaun dari Windows. Jika tidak, klik sahaja pada butang Forward.
    Screenshot-Install-06
  8. Step 6 of 7 (Who are you?): Isi nama serta password yang anda ingin gunakan untuk login ke dalam Ubuntu.
    Screenshot-Install-06
  9. Step 7 of 7 (Ready to install) : Ringkasan mengenai pilihan yang telah anda buat akan dipaparkan. Klik pada butang Install.
    Screenshot-Install-07
  10. Setelah proses install selesai, satu kotak mesej akan dipaparkan. Keluarkan CD Ubuntu dari CD-ROM anda dan restart komputer.

Langkah Ketiga: Nikmati GNU/Linux Anda!

Apabila anda ON komputer selepas ini, satu skrin GRUB akan dipaparkan. Di sinilah anda boleh memilih untuk masuk ke dalam Windows ataupun GNU/Linux yang telah dipasang.

dual-boot-03

read more...

Matikan Auto Play Pada Windows XP

Fungsi Autoplay dalam Windows XP berfungsi untuk melancarkan satu-satu program dalam CD, USB Drive, atau Hard Disk secara automatik. Namun, kebanyakan virus dan malware telah menggunakan fungsi ini untuk menjangkiti komputer anda, dan membawa pelbagai kerosakan. Ikuti langkah-langkah di bawah bagi mematikan fungsi Autoplay ini:

Matikan Autoplay Menggunakan Group Policy Editor

  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan gpedit.msc dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Group Policy Editor, pergi kepada Administrative Template > System
  4. Di sebelah kanan Group Policy Editor, cari pilihan ‘Turn Off Autoplay’. Double-click pada pilihan tersebut.
  5. Pilih Enabled dan klik pada butang OK

Jika anda tidak mahu menggunakan gpedit.msc, anda juga boleh menggunakan regedit, seperti di bawah:

Matikan Autoplay Menggunakan Registry Editor

  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan regedit dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Registry Editor, pergi kepada nilai ini:
    • HKEY_CURRENT_USER
    • Software
    • Microsoft
    • Windows
    • CurrentVersion
    • Policies
    • Explorer
  4. Di sebelah kanan Registry Editor, cari pilihan NoDriveTypeAutoRun. Double-click pada pilihan tersebut
  5. Tukar nilai kepada 91. Pastikan pilihan pada Base adalah Hexadecimal
read more...

Khamis, 11 Jun 2009

Matikan Autoplay Pada Windows Vista

Seperti yang kita sedia maklum, virus boleh mengaktifkan dirinya sendiri dengan mengekploitasi fungsi Autoplay dalam Windows. Sebab itulah virus dan malware sangat mudah merebak dari satu komputer ke komputer yang lain, terutamanya melalui perkongsian USB drive. Jadi, adalah lebih baik fungsi ini dimatikan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus.

Kali ini, mari kita lihat langkah-langkah untuk mematikannya pada Windows Vista pula:

1. Buka Control Panel dan pilih AutoPlay. Skrin untuk membuat tetapan terhadap AutoPlay akan dipaparkan. 2. Buang tanda pada “Use Autoplay for all media
3. Klik pada butang Save.

Khabarnya, Microsoft akan membatalkan fungsi AutoPlay ini dalam Windows 7 yang akan dikeluarkan nanti. Ini adalah satu langkah yang bijak kerana fungsi ini lebih banyak membawa masalah dengan menyediakan laluan yang mudah untuk virus dan malware.
read more...

Cara Install Windows 7

Cara-cara memasang Windows 7

Seperti biasa, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah memastikan PC anda dapat membaca DVD ketika ia mula-mula dihidupkan. Ini dapat dilaksanakan dengan menetapkan boot sequence yang pertama kepada CD/DVD. Setelah boot sequence telah ditetapkan, masukkan DVD Windows 7 Beta dan hidupkan komputer anda


1. Skrin pertama yang keluar akan memaparkan msej “Windows is loading files…”, tunggu sehingga proses ini selesai. 2. Kotak pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.

3. Klik pada butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7.
4. Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik Next.
5. Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.
6. Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.
7. Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
8. Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik Next.
9. Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.
10. Masukkan nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft sewaktu muat—turun dahulu, dan klik Next
11. Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih “User recommended settings
12. Pilh zon masa anda dan klik Next.
13. Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
read more...

Cara Install Windows Vista

Langkah-langkah Memasang Windows Vista

  1. Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer boleh boot dari CD-ROM.
  2. Hidupkan komputer, dan terus masukkan CD Windows Vista. Sekiranya komputer berjaya boot dari CD, ia akan memaparkan skrin “Windows is loading files

3. Skrin “Install Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next
4. Klik pada “Install Now”.
5. Terma dan syarat bagi Windows Vista dipaparkan. Setelah membaca terma dan syarat ini, tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan klik butang Next.
6. Pilih “Custom (advanced)” sebagai jenis pemasangan.
7. Pilih partition mana yang akan digunakan untuk memasang Windows Vista, dan klik pada butang Next.
8. Proses pemasangan Window Vista bermula. Tunggu sehingga proses ini selesai.
9. Setelah proses pemasangan siap, skrin “Set Up Windows” dipaparkan. Isikan kata nama dan kata laluan bagi akaun Windows Vista anda, dan klik pada butang Next.
10. Isikan nama komputer dan klik pada butang Next.
11. Pilih “Use recommended settings” sekiranya anda mahu Windows Update dijalankan secara automatik
12. Pilih zon masa yang betul, serta pastikan tarikh dan masa yang dipaparkan adalah tepat. Klik pada butang Next
13. Proses pemasangan telah selesai. Klik pada butang Start untuk mula menggunakan Windows Vista.
read more...

Rabu, 10 Jun 2009

Remove Feedback Pada Windows 7 beta


Pada Windows 7 beta (build 7000.0.081212, microsoft sengaja memasukkan sebuah Link Send Feedback pada title bar di semua tampilan windows dan dialog boxes. Untuk yang sudah download Windows 7 Beta dan menginstallnya bisa meremove Link Send Feedback tersebut melalui Registry Editor.

Dibwah ini saya akan memberikan tutorialnya secara manual, dan untuk memudahkannya saya juga sudah menyediakan file Registration Entries agar “Send Feddback Link” tidak terlihat lagi pada Windows 7 kita.

Cara Remove “Send Feddback Link” secara manual :

  • Melalui start menu buka Run
  • Ketikkan : regedit lalu ok
  • Ketika muncul Registry Editor arahkan ke HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop
  • Disini kamu akan melihat sebuah entry yang bernama FeedbackToolEnabled. Klik dua kali atau klik kanan -> Modify
  • Pada value data masukkan 0 lau ok
  • Tutup Registry Editor dan lakukan Restart


read more...

Ahad, 31 Mei 2009

Download Windows 7 Release Candidate (RC)


Selamat Datang Ke Windows 7 (RC) Anda berpeluang melihat perubahan-perubahan dan menetapkan daripada ujian Beta bekerja dengan betul. Microsoft juga tidak mengehadkan jumlah produk kunci-kunci (key) untuk pengguna.

1. Pembebasan untuk download windows 7 RC akan boleh didapati sehingga Jun 2009.
2. Windows 7 RC akan tamat pada Jun 1, 2010.
3. Windows akan memaklumkan anda dua minggu sebelum menutup dan memulakan.

Download Windows 7 Release Candidate 32bit dan 64bit

Download Here

arahan pemasangan windows 7 RC
read more...

Selasa, 14 April 2009

Microsoft Mula Memburu Pengguna XP Cetak Rompak

Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh Microsoft adalah pengedaran versi cetak rompak sistem operasinya, yang mana menjadi antara pesaing utamanya sendiri. Untuk mengatasinya, kini Microsoft mula memburu para pengguna Windows XP versi cetak rompak. Melalui kemaskini terkini untuk WGA, ianya bakal melabelkan XP cetak tompak ataupun yang dicrack, sekali gus mengurangkan penggunaan sistem operasi XP versi cetak rompak.

Melalui kemaskini Windows Genuine Advantage (WGA) yang baru, ianya bakal membolehkan Microsoft mengenal pasti kesemua sistem operasi versi cetak rompak, samaada menggunakan kekunci yang tipu, crack atau sebarang cara lain untuk mengatasi proses aktifkan Windows XP. Kemaskini ini bakal diedarkan sekali dengan kemaskini Windows XP secara automatik. Walaubagaimanapun, ianya hanya akan berkesan sekiranya proses kemaskini automatik diaktifkan pada komputer yang menggunakan Windows XP versi cetak rompak.
Bagi para pengguna yang disenarai hitamkan melalui proses ini, bakal melihat sebuah mesej pada skrin log masuk mengatakan mereka telah menjadi mangsa cetak rompak, selain mengubah desktop mereka kepada warna latar berwarna hitam, dan memaparkan mesej di atas system tray, dengan maklumat lanjut yang membolehkan pengguna yang tertipu untuk membuat laporan.

Sesiapa yang terkena Windows Genuine Advantage Notifications pada windows...

sila download disini untuk RemoveWGA.exe

p/s jangan guna antivirus avira yea???

Sumber
read more...

Windows 7 Sudah Mencecah Build 7070



Nampaknya, Microsoft betul-betul mahukan suatu sistem operasi yang dapat bersaing dengan sihatbersama-sama dengan Mac OS X Snow Leopard dan Ubuntu 9.04 yang bakal dilepaskan tidak lama lagi. Terkini, versi pembangunan 7070 sudah pun mula diedarkan kepada pengguna dalaman di Microsoft.
Build 7070 telah dihimpunkan pada 24 Mac 2009, dan merupakan antara pembangunan sebelum versi Release Candidate dilepaskan tidak lama lagi. Beberapa ura-ura juga mengatakan bahawa, kini sudah pun terdapat versi pembangunan sehingga Build 7072. Microsoft dijangka bakal memberikan peluang kepada para pengguna untuk mencuba Windows RC secara percuma sama seperti yang mereka lakukan pada Windows 7 Beta sebelum ini. Buat masa ini, versi pembangunan yang sudah pun bocor ke laman-laman torrent adalah Build 7068, dan Build 70XX dijangka bakal turut sama menemui laman-laman torrent tidak lama lagi.
read more...

Isnin, 13 April 2009

Kemaskini Dari Win 7 Beta Ke RC Di Halang

Untuk pembangunan Windows 7 seterusnya, Microsoft meminta para pengguna yang menggunakan Windows 7 versi Beta dan Pre-RC supaya tidak mengemaskini sistem operasi mereka terus kepada Windows 7 RC, sebaliknya meminta mereka menaik-taraf sistem operasi mereka daripada Windows Vista ataupun membuat pemasangan Windows 7 yang baru.

Salah satu sebabnya Microsoft meminta berbuat demikian adalah kerana mereka perlukan percubaan senario melalui pemasangan Windows 7 RC. Selain daripada itu, Microsoft juga telah memadam fungsi mengemas-kini versi Beta dan Pre-RC kepada Windows 7 RC, dan segala percubaan untuk menaik-taraf daripada versi Windows 7 sebelumnya akan gagal.

Walaubagaimanapun, anda masih boleh mengemas-kini Windows 7 Beta dan Pre-RC anda melalui beberapa cara, dan salah satunya adalah seperti berikut:


1. Muat-Turun ISO Windows 7 RC dan burn pada DVD
2. Salin keseluruhan data ke lokasi simpanan anda, seperti ThumbDrive dan sebagainya.
3. Lihat dan buka fail cversion.ini melalui Notepad.
4. Ubah versi MinClient kepada versi yang lebih rendah, seperti mengubahnya daripada 7070 kepada 7000.
5. Simpan (Save) fail tersebut dengan nama yang sama - cversion.ini.
6. Jalankan proses pemasangan seperti biasa.
read more...

Buatkan Windows XP Anda Kelihatan Seperti Windows 7













Seven Remix XP adalah pek tema yang akan membuatkan Windows XP anda kelihatan seperti Windows 7. Antara komponen yang diubah supaya menyerupai Windows 7 adalah gaya visual, screensaver, kursor, bunyi, taskbar, dan juga wallpaper.

Cara pemasangannya adalah seperti biasa, hanya klik butang Next sahaja sehingga selesai. Hidupkan semula komputer dan anda akan dipersembahkan dengan tema baru tersebut.

Muat turun: Seven Remix XP [via Lifehacker, Life Rocks 2.0]
read more...

Selasa, 24 Mac 2009

Hapus Password Yang Tersimpan Di Vista

Semasa mengakses perisian atau perkakasan lain yang ada di dalam jaringan, pengguna biasanya diminta untuk memasukkan nama pengguna berserta password. Untuk tidak selalu mengisi password berulang kali, pengguna boleh menetapkan password secara tetap [Save password]. Seterusnya, semasa mengakses perisian atau perkakasan yang sama, ia tidak perlu menaip password lagi, maklumat folder akan langsung terbuka.

Bagaimana menghapus password yang telah terlanjur disimpan Windows? Mudah saja. Ikuti langkah berikut:

1. Di Windows Vista, klik [Start], ketik “rundll32.exe keymgr.dll, KRShowKeyMgr” pada kolom pencarian, dan tekan [Enter].

2. Tetingkap“Stored User Names and Passwords” muncul. Di tetingkap tersebut anda dapat melihat semua akaun yang password-nya tersimpan di komputer. Untuk menghapusnya, klik butang [Remove].

3. Klik [OK] pada tetingkap confirm dan akaun akan terhapus dari daftar pertanda bahawa password yang tersimpan telah dihapuskan.

4. Ulang cara 2 dan 3 di atas untuk menghilangkan password pada akaun lainnya.
5. Setelah selesai, klik [Close].

Sumber: PCplus
read more...

Khamis, 26 Februari 2009

5 Cara Untuk Lajukan Windows XP

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.
Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:

Defragment Hard Disk Anda












Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?
Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.
Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.
Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter.

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup








Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.
Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.
Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik
Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.
read more...

Rabu, 25 Februari 2009

Download Windows 7 Beta 1 Build 7000 DVD ISO Image Torrent

Bagi sesiapa yang tak sempat untuk muat turun Windows 7 Beta sebelum 24 Januari, kini anda masih berpeluang untuk mendapatkannya, kerana tempoh akhir download pada 1 July 2009.

Anda boleh download Windows 7 Beta dari pautan yang diberikan di bawah ini:

Windows 7 Beta 1 7000 (Build 6.1.7000.0) ISO Image Torrent Download Link
7000.0.081212-1400_client_en-us_Ultimate-GB1CULFRE_EN_DVD.iso.torrent


Demonoid Windows 7 Beta 1 Build 7000 Download LInkWindows_7_Beta_1_7000_0_081212_1400_iso_o-Demonoid.com-o.torrent

Dapatkan utorrent disini Download

Window 7 beta 1 DVD ISO membenarkan pemasangan kesemua edisi Windows 7.

1. Windows 7 Ultimate,
2. Windows 7 Business,
3. Windows 7 Home Premium
4. Windows 7 Home Basic.











read more...

Isnin, 23 Februari 2009

Windows 7 Activation Keys

Setelah anda install Windows 7 , anda dibenarkan menggunakan Windows 7 dalam masa 30 hari sahaja.Jika anda berminat untuk menggunakan lebih dari 30 hari pastikan anda activate Windows 7.

Untuk activate Windows 7 anda memerlukan activation keys yang boleh dipohon secara percuma dari Microsoft ( anda mesti mempunyai akaun email samada hotmail/live ).Activation key akan dihantar ke email anda.

Walaubagaimana pun sekarang sudah banyak activation keys untuk Windows 7 yang disebar secara meluas di internet.Antaranya seperti dibawah :

Windows 7 Beta 64-bit Product Key

7XRCQ-RPY28-YY9P8-R6HD8-84GH3
RFFTV-J6K7W-MHBQJ-XYMMJ-Q8DCH
482XP-6J9WR-4JXT3-VBPP6-FQF4M
JYDV8-H8VXG-74RPT-6BJPB-X42V4
D9RHV-JG8XC-C77H2-3YF6D-RYRJ9

Windows 7 Beta 32-bit Product Key

6JKV2-QPB8H-RQ893-FW7TM-PBJ73
TQ32R-WFBDM-GFHD2-QGVMH-3P9GC
GG4MQ-MGK72-HVXFW-KHCRF-KW6KY
4HJRK-X6Q28-HWRFY-WDYHJ-K8HDH
QXV7B-K78W2-QGPR6-9FWH9-KGMM7

Windows 7 Activation keys

JYDV8-H8VXG-74RPT-6BJPB-X42V4
482XP-6J9WR-4JXT3-VBPP6-FQF4M
7XRCQ-RPY28-YY9P8-R6HD8-84GH3
D9RHV-JG8XC-C77H2-3YF6D-RYRJ9
RFFTV-J6K7W-MHBQJ-XYMMJ-Q8DCH
read more...

Ahad, 22 Februari 2009

Selamat Tinggal Windows Xp












Betul ker sistem operasi yang terkenal ni akan tinggal kenangan?..Dikala Windows Vista dalam keadaan yang kurang stabil atau terumbang-ambing pengoperasiannya pelbagai cara Microsoft mencuba untuk meningkatkan penjualan sistem operasi baru mereka ini..Akhirnya Microsoft telah menjumpai 1 cara dimana anda semua terpaksa menerima kehadiran sistem operasi baru mereka ni iaitu Windows Vista.. Terpaksa gak belajar ilmu komputer baru ni Pada 30 Jun 2008, Microsoft akan menamatkan sistem operasi yang cukup terkenal [ Windows XP ].

JANGAN TAKUT !!!!! Pengguna Windows XP masih lagi boleh menggunakan sistem operasi ini sehingga akhir hayat..sampai bila2 lah tetapi produk support seperti security software update dari Microsoft akan tamat pada 14 April 2009. Microsoft melakukan ini kerana ingin menjadikan Windows Vista terkenal disebabkan ia adalah sistem operasi meraka yang terbaru…Microsoft menamatkan semuakan sistem operasi yang terdahulu untuk memberi laluan kepada Vista berada dipasaran.

XP Timeline 30 Jun 2008 Syarikat pengeluar PC memberhentikan pengeluaran PC siap sedia dipasang Windows XP, maknanya semuanya Windows Vista.
31 Jan 2009 Microsoft memberhentikan semua penjualan Windows XP di pasaran.
14 April 2009 Free live support and warranty akan tamat.
8 April 2014 Semua support Windows XP akan tamat. [Selamat Tinggal Windows XP].Sekarang ni anda sendiri boleh lihat dimana pakej penjualan komputer, notebook baru semuanya siap sedia dipasang dengan Windows Vista… Susah nak cari komputer atau notebook baru yang ada driver Windows XP semuanya Windows Vista…Syarikat2 pengeluar PC semuanya sudah mula mengeluarkan PC baru yang menggunakan Vista macam Compaq Presario V3713AU
read more...