Khamis, 9 April 2009

3Com mahu kembang keupayaan dalam teco, kewangan

3Com Corporation mahu mengembangkan keupayaan khusus firma penyedia penyelesaian rangkaian berpusat dalam sektor telco dan kewangan. Pengurus Negaranya, Marcus Lai berkata, pihaknya berharap dapat mengukuhkan pertumbuhan di pasaran Malaysia tahun ini jika melihat berdasarkan hubungan kukuh dengan rakan kongsi.


Oleh itu, 3Com optimis dengan strategi tersebut dengan menjalin lebih banyak urus niaga dengan sektor kerajaan termasuk kewangan dan telekomunikasi. “Kami memfokuskan bidang yang kami percayai akan mencapai kejayaan dan terus kekal, malah memperkukuhkan pasaran dalam sektor kerajaan dan lain-lain,” katanya.


Berdasarkan perolehan firma itu secara keseluruhan, antara 50 dan 60 peratus merupakan sumbangan daripada sektor kerajaan. 3Com diasaskan oleh Robert Metcalfe yang mencipta teknologi Eternet, satu standard bagi rangkaian komputer peribadi ‘mesra alam sekitar’. Terdapat empat cabang perniagaan iaitu kewangan, operasi, sosial korporat dan strategi menerusi penyelesaian rangkaiannya yang dikenali sebagai 3NgiN (3Com Next Generation intelligent Network).
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "3Com mahu kembang keupayaan dalam teco, kewangan"

Catat Ulasan