Kali ini, mari kita lihat langkah-langkah untuk mematikannya pada Windows Vista pula:
1. Buka Control Panel dan pilih AutoPlay. Skrin untuk membuat tetapan terhadap AutoPlay akan dipaparkan.
2. Buang tanda pada “Use Autoplay for all media
3. Klik pada butang Save.Khabarnya, Microsoft akan membatalkan fungsi AutoPlay ini dalam Windows 7 yang akan dikeluarkan nanti. Ini adalah satu langkah yang bijak kerana fungsi ini lebih banyak membawa masalah dengan menyediakan laluan yang mudah untuk virus dan malware.







0 comments: on "Matikan Autoplay Pada Windows Vista"
Catat Ulasan