Ahad, 20 Mac 2011

35 vendor lengkap

BANYAK...35 produk gunakan AMD Fusion.
BAYANGKAN, dalam semua jenis komputer, elemen paling penting dan tidak dapat dipisahkan ialah unit pemprosesan.
Tanpa elemen ini, semua jenis komputer dan perkakasan tidak dapat berfungsi. Sehingga hari ini, pemprosesan terus melalui perubahan pantas dan keupayaannya terus meningkat pada kadar yang pantas. Malah, hari ini dunia menyaksikan penggunaan pemprosesan yang semakin meluas ibarat 'otak' kepada apa jua perkakasan.

Dikhabarkan pemprosesan pertama di dunia direka Jack Kilby yang mencipta unit pertama dunia pada September 1958. Ketika itu alat canggih itu dikenali sebagai litar bersepadu (integrated circuit) yang membolehkan kad hari jadi menyanyikan lagu apabila ia dibuka.
KUASA TINGGI...cip kecil hasilkan produk kompak.
LAJU...pemprosesan grafik kini berupaya hasilkan HD mantap.
Lima dekad sudah berlalu dan litar bersepadu ciptaan Kilby hanya mengandungi satu transistor, tiga perintang (resistor) dan satu pemuat (capacitor).
Pemprosesan moden mengandungi sehingga 125 juta transistor di atas sekeping silikon sebesar kuku jari dan digunakan dalam hampir semua perkakasan, bermula dari peluru berpandu sehinggalah kepada konsol permainan.
Kewujudannya digabungkan dengan beberapa baris kod arahan atau perisian dalam sesuatu perkakasan menjadikannya itu lebih cerdik serta boleh berfungsi secara automatik.
Baru-baru ini, syarikat AMD menggemparkan dunia dengan melancarkan pemprosesan menggabungkan keupayaan pengkomputeran lebih hebat daripada mana-mana pemproses dalam sejarah pengkomputeran. Ia menghasilkan projek AMD Fusion Family of Accelerated Processing Units (APU) menggabungkan pelbagai rekaan cip seperti pemprosesan dan graik di bawah satu cip tunggal iaitu teknologi CPU berbilang teras (x86).
Bermakna, teknologi cip pemprosesan melangkah maju setapak dengan enjin pemprosesan selari dengan grafik DirectX 11 berkuasa tinggi memungkinkan bacaan video definisi tinggi khusus dan 'bus' laju memproses data merentasi pelbagai jenis teras dalam reka bentuk terbabit.
Apa yang menakjubkan, teknologi terkini itu boleh memainkan video definisi tinggi (HD) dengan kuasa kuda pada pengkomputeran untuk mengendalikan aplikasi yang mencabar.
Ditambah kuasa grafik DirectX 11 pada satu cip dan jangka hayat bateri sepanjang hari yang memudahkannya dibawa ke mana-mana.
Syarikat AMD turut mengesahkan lebih 35 syarikat pengeluar komputer peribadi (PC) akan menggunakan sistem berasaskan AMD Fusion pada separuh pertama tahun 2011 termasuk Acer, Asus, Dell, Fujitsu, HP, Lenovo, MSI, Samsung, Sony dan Toshiba.
Menurut Naib Presiden Korporat dan Pengurus Besar AMD Asia Pasifik, Ben Williams, teknologi baru cip berkembang pesat sehingga membolehkan kedua-dua cip pemprosesan dan grafik digabungkan di bawah satu platform kecil.
"AMD Fusion merombak industri dengan memungkinkan pengalaman digital yang jelas bagi pengguna PC," kata Williams.
Beliau memaklumkan, AMD Fusion memberi nafas lega kepada rakan kongsi pengeluar PC dengan keupayaan faktor bentuk yang baru dan menarik serta aplikasi termaju untuk memenuhi keperluan pengguna.
Sementara itu, Naib Presiden Korporat dan Pengurus Besar Bahagian GPUAMD, Matt Skynner, memaklumkan kandungan definisi tinggi (HD) menjadi inspirasi syarikat itu untuk menghasilkan teknologi lebih canggih.
"Dunia HD sangat memerlukan cip canggih yang disepadukan bersama di bawah satu platform untuk menjadikannya berkuasa tinggi namun pada sama rekaannya kecil bagi ditempatkan dalam PC," katanya.
HD kini terdapat di mana-mana saja daripada video YouTube kepada permainan DirectX 11 sehinggalah tontonan blu-ray. Semuanya memanfaatkan kandungan dengan menggunakan komputer yang berfungsi sebagai hab.
AMD turut mencipta enjin VISION iaitu set visual pengkomputeran baru yang mempunyai kelebih an termasuk: Grafik dengan kemampuan DirectX 11 Pemprosesan selari yang memberi prestasi aplikasi lebih laju Kemampuan video UVD3 dilajukan dalam siri AMD Radeon HD 6800 GPU baru Keupayaan pemacu grafik unik dikemaskini setiap bulan untuk meningkatkan prestasi visual secara berterusan.
Dengan memilih PC yang dilengkapi dengan VISION, pengguna berupaya mendapat manfaat pengalaman pelayaran Internet lebih laju.
Tidak cukup dengan itu, main semula video 1080p HD dianggap cukup hebat, lancar dan senyap apatah lagi video definisi standard diterjemahkan kepada HD bermakna kandungan 2D boleh ditukar kepada 3D stereoskopik.
Bahkan, pengguna boleh melayari laman web yang padat dengan grafik sekali pun ia memerlukan pindah turun lebih laju sementara permainan 3D pada resolusi HD tangkas dengan aksi dan bagaikan hidup depan mata. Boleh dikatakan, sebahagian besar pengalaman pengkomputeran dihubungkan menerusi perisian tapi sehingga kini, syarikat pembangun perisian dikekang dilema antara menghasilkan ciptaan menepati pemprosesan CPU dan GPU untuk memproses maklumat.
Nasib baik, AMD Fusion APU mengetepikan halangan ini dan membenarkan syarikat pembangun memanfaatkan sepenuhnya kuasa pemprosesan bersama dengan kelajuan lebih daripada 500 GFLOP untuk Siri A Llano APU akan datang.
Hasilnya, ia akan mencetuskan prestasi bagaikan superkomputer kepada tugasan pengkomputeran harian bermakna lebih banyak aplikasi boleh dilakukan serentak dan laju tapi reka bentuknya masih dalam kelas yang sama.
Gabungan cip juga memberi impak besar kepada penggunaan bateri yang sering menghantui pengguna PC.
Teknologi Cantuman AMD memungkinkan jangka hayat bateri tahan sepanjang hari iaitu 10 jam yang didapati pada reka bentuk cip tunggal walaupun pengguna memanfaatkan fungsi HD sepenuhnya dalam perkomputeran.
Platform rendah kuasa ini memperkayakan pengalaman pengkomputan harian dan didapati dalam dua versi APU iaitu Siri-E dan Siri-C. Ciri APU ini menampilkan teras x86 CPU baru, diberi nama kod 'Bobcat' yang diperkenalkan melalui teras x86 sejak tahun 2003.
Cip pemprosesan yang menjadi nadi utama kepada operasi sesebuah komputer kebanyakannya dinilai menerusi kelajuannya memproses dengan kadar kiraan Hertz yang kini sudah menjangkau ke GigaHertz atau kependekannya G
Secara lazimnya, apabila seseorang itu memilih untuk membeli komputer peribadi (PC), pasti nombor atau kelajuan GHz itu menjadi penentu pilihan kerana lebih besar nilainya, lebih laju kadar memprosesnya.
Jika anda ke kedai komputer, penjual akan menunjukkan spesifikasi PC yang dimulakan dengan jenis cip pemprosesan dengan kelajuannya dan diikuti jenis lain termasuk memori dan cakera keras.
Teknologi dan inovasi semakin canggih namun lima kriteria utama perlu diambil kira iaitu teras, cache, kelajuan, bas hadapan dan teknologi masa depan.
Kebanyakan pengguna keliru untuk mengenal pasti prestasi keseluruhan PC yang hendak dibeli.
Manakala penjual asyik mengajukan kelajuan cip sebagai kriteria utama tanpa mengambil kira jumlah teras dan saiz kapasiti Cache.
Berasaskan teknologi baru dan pengenalan Dual Core, anda perlu menilai kelajuan Bas Hadapan dan saiz kapasiti Cache sebagai faktor utama.
Ia membabitkan jumlah teras di antara soket. Lebih banyak teras, lebih baik prestasi PC itu.
Sistem dwiteras memiliki dua pemprosesan di dalam satu soket. Itu bermakna ia jauh lebih baik berbanding satu pemprosesan. Dua pemprosesan itu berjalan serentak, sekali gus lebih banyak tugasan boleh dilakukan dengan lebih pantas.
Dengan arkitektur mikro, lebih banyak arahan boleh dilaksanakan pada satu pusingan, memiliki anjakan media digital yang dimajukan, pengurusan cache dan tenaga lebih baik selain bijak mengatur capaian memori.
Kesimpulannya, inovasi yang dimajukan itu termasuk teknologi AMD memperbaiki prestasi dan kecekapan setiap teras yang mampu melengkapkan sehingga beberapa arahan serentak menggunakan saluran peringkat yang lebih cekap.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "35 vendor lengkap"

Catat Ulasan