Selasa, 25 April 2017

KLIK DENGAN BIJAK (KDB)




Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Saver
KESELAMATAN

Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat

Smarter
KEWASPADAAN

Untuk menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online)

Responsible
TANGUNGJAWAB

Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "KLIK DENGAN BIJAK (KDB)"

Catat Ulasan