Ahad, 23 April 2017

Pengenalan Dashboard Komuniti

Dashboard Komuniti di bangunkan oleh team MSD yang berpusat di puchong sekitar tahun 2014, tetapi di beri pengetahuan hanya sekitar Pusat Internet 1Malaysia yang di kendalikan di bawah TM Malaysia sahaja, kemungkinan besar akan di gunakan oleh Pusat Internet 1Malaysia kendalian Celcom, Maxis, U-Mobile, Digi dan lain - lain dalam masa yang terdekat.

Dashboard komuniti  merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.

Dashboard Komuniti terdiri daripada MyKomuniti, MySoal, MyHealth, MySkool, MyShop, MyEBuku.

MyKomuniti adalah hebahan antara komuniti setempat yang berlaku dikawasan terdekat, contohnya hebahan aktiviti gotong royong.

MySoal pula aduan penduduk kampung kepada pihak berkuasa yang terlibat seperti kerosakan jalan di kampung, penduduk setempat boleh membuat aduan melalui atas talian.

MyHealth adalah untuk kesihatan diri dengan menggunakan peralatan di pusat internet untuk menguji tekanan darah dan berat badan dengan membuka akaun Ihealth secara percuma ia boleh merekodkan data dan disimpan untuk tujuan rujukan akan datang kepada pengguna.

MySkool untuk hebahan antara ibubapa dan sekolah yang terdekat supaya maklumat disampaikan dengan lebih cepat terus kepada ibubapa penjaga.

MyShop adalah satu ruangan kedai atas talian untuk komuniti setempat dan seluruh malaysia untuk memasarkan barangan jualan secara percuma.

MyEbuku pula kedai buku secara atas talian yang akan dijual kepada komuniti yang menggunakan dashboard ini.

Progaram dashboard ini boleh di akses pada pautan ini http://dashboard.pi1m.my/ hanya perlu menjadi ahli untuk membolehkan akses.

Hubungi Pusat Internet 1Malaysia terdekat dengan anda. 


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Pengenalan Dashboard Komuniti"

Catat Ulasan